Member Login
Email:
Password:
 
People Online (2)
2 guest(s)
Members Last Logged In
FAM (Football Association Malaysia) telah ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan atas segala urusan mengenai Bola Sepak Malaysia. Kelab bola sepak dan persatuan negeri yang wujud di Malaysia telah berdaftar di FAM (Football Association Malaysia). Diketahui setiap kerajaan negeri di Malaysia telah menubuhkan pasukan bola sepak yang tersendiri. Pendaftaran kelab dan persatuan bola sepak negeri di Malaysia adalah wajib sebelum menyertai mana-mana perlawanan liga bola sepak yang wujud di negara Malaysia. Antara kelab bola sepak yang wujud pada masa kini ialah, Selangor PKNS, MK Land, MPPJ Selangor, Public Bank, Melaka Telekom, dan Johor FC, manakala antara persatuan bola sepak negeri yang telah wujud ialah, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Penang , Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Perlis, dan Sabah.

Bola Sepak Malaysia

Sememangnya wajar atlit sukan harus mempunyai ciri-ciri yang gagah dan mantap dari sudut fizikal dan mental. Setiap pemain bola sepak harus mempunyai stamina yang kuat, ini adalah kerana sukan bola sepak adalah salah satu sukan yang memerlukan pemainnya berlari laju. Pemain bola sepak harus mempunyai latihan yang mantap sebelum sesuatu perlawanan diadakan. Namun begitu, pemain bola sepak wajib mendapatkan rehat yang mencukupi bagi tujuan persediaan sebelum perlawanan berlansung.Ciri-ciri kesempurnaan aggota badan adalah diambil berat untuk menjadi seorang pemain bola sepak. Kesihatan perlu dijaga rapi kerana ini akan memperwatakkan seseorang pemain semasa diatas padang perlawanan. Pemain bola sepak harus bermain cergas semasa diatas padang perlawanan, kecekapan dan kelincahan mengawal bola harus ditunjukkan semasa perlawanan dilangsungkan. Setiap pemain bola sepak harus menunjukkan ‘skill’ mengawal bola semasa di atas padang perlawanan. Kini, pemain bola sepak Malaysia telah diiktiraf sebagai pemain yang berkualiti di peringkat antarabangsa. Segelintir wakil dari pihak bolasepak di eropah, telah juga mengadakan dan membuat persetujuan bersama pihak persatuan bola sepak Malaysia untuk mengambil segelintir pemain bola sepak Malaysia bagi tujuan mendapatkan latihan disana. Klik sini untuk Berita Bola Sepak Malaysia dan dunia.
Newest Members
Popular Members