Posted: 10/6/2009 - 6 comment(s) [ Comment ] - 0 trackback(s) [ Trackback ]
Category: Liga Malaysia

Segala liga bola sepak yang wujud di negara Malaysia adalah dibawah naungan, FAM (Football Association Malaysia). Pada masa kini, antara liga bola sepak yang wujud di Malaysia ialah Liga Super dan Liga Perdana. Manakala piala yang menjadi rebutan oleh setiap kelab dan persatuan bola sepak negeri ialah Piala Malaysia, Piala FA, dan Piala Sumbangsih. Sehingga kini, pada setiap perlawanan liga bola sepak yang diadakan, telah dipertanggungjawabkan dengan jayanya oleh FAM (Football Association Malaysia).

Kini, pihak FAM telah membuat keputusan terbaru dalam musim bola sepak sesi 2008/2009, iaitu kelab atau persatuan bola sepak negeri tidak dibenarkan mengambil pemain import lagi dalam liga Malaysia. Kini ketiadaan pemain import telah menampakkan bahawa kelemahan kelab dan juga persatuan bola sepak negeri, contohnya, dalam perlawanan antarabangsa yang merebutkan piala AFC, kedah di kalahkan dengan mudah iaitu, 7-1 ditangan Muharraq. Ini menunjukkan bahawa kelab dan persatuan bola sepak negeri masih memerlukan pemain import untuk menyerlah di peringkat antarabangsa.